Latest News

Monday, 29 June 2015

IMM13: SATU PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pelarian-pelarian dari Filipina yang masuk ke Sabah dan Labuan... Oleh FB Page The Future Of Sabah And Sarawak The Federation Of Malaysia (screenshot)

JIKA pemegang IMM13 berkahwin dan mendapat anak, apakah status anak mereka? Jawapannya anak itu merupakan penduduk sementara yang masih  berstatus warga asing.

Melalui bancian  penduduk tahun 2011, didapati hampir 900 ribu warga asing berada di Sabah dan daripada jumlah tersebut sejumlah lebih 90 ribu merupaka warga asing yang tidak berdokumen.

Berasaskan laporan RCI (PATI) Sabah, kerajaan telah membuat keputusan drastik memburu, menangkap dan menghantar pulang warga asing yang tidak berdokumen tersebut.

Sementara yang berkaitan dengan gejala sosial, tidak semestinya adalah semua disebabkan oleh warga asing kerana menurut laporan pihak berkuasa bahawa gejala sosial yang dihadapi oleh negeri ini adalah kurang 30 peratus yang disebabkan oleh warga asing.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook