Latest News

Tuesday 2 June 2015

Inovasi Pemangkin Ekonomi Sabah: Musa


DALAM berdepan dengan ekonomi global yang semakin mencabar, kerajaan negeri Sabah menjadikan inovasi sebagai pemangkin ekonomi negeri.

Untuk mencapai usaha itu, kerjasama dengan berbagai pihak khususnya pengajian tinggi dalam negara dan antarabangsa sedang diterokai.

Cadangan membina cawangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Sandakan adalah satu tindakan kerajaan negeri merealisasikan inovasi sebagai pemangkin ekonomi negeri dan negara.

Kerjasama dengan Institut Teknologi Jepun, Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) yang memberi geran sejumlah RM600 ribu setiap tahun bertujuan untuk menyelidik berbagai inovasi berkaitan pertanian khususnya pemanfaatan produk kelapa sawit.

Inovasi melalui tekonologi bukan sahaja boleh mengurangkan berbagai bencana, pengotoran udara atau sisa pepejal akan tetapi juga boleh meningkatkan produktivti ke tahap yang maksima dan optimum.

Menjelang tahun 2020, di mana negara diharapkan berada dalam kategori berpendapatan tinggi, yang kini sebahagian besar rakyat dalam kelompok B40, maka satu tindakan drastik perlu dilakukan dengan segera agar golongan ini terkeluar dalam kelompok tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook