Latest News

Tuesday 2 June 2015

KAUM BUGIS BUMIPUTERAKAH, BUKAN?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bugis tawau Suda d iktiraf BUMIPUTERA SABAH Oleh FB Melly Sanchez‎ (screenshot)

BERGANTUNG kepada kedudukan rakyat asal Bugis tersebut, jika berkahwin dengan penduduk asal maka anak-anak mereka atau keturunan mereka boleh diiktiraf sebagai bumiputera Sabah.

Sebanyak 32 suku kaum yang diiktiraf sebagai bumiputera dan dalam soal suku Bugis yang telah berada di negeri ini sejak sebelum merdeka hanya sudah tentu dipanggil sebagai rakyat Sabah.

Pengertian bumiputera adalah suku kaum atau bangsa yang tidak terdapat di mana-mana negara kecuali di sesebuah negara atau negeri. Samalah dengan penduduk asli di Semenanjung, suku kaum itu hanya terdapat di Semenanjung.

Bagi suku Dayak di Sarawak pula, meskipun ada juga suku Dayak di Indonesia namun mereka itu hanya dipisahkan oleh sempadan yakni bukannya mendiami berbagai lokasi seperti mana suku Bugis yang terdapat di beberapa wilayah di Kepulauan Indonesia.

Kaum Bugis memang daripada kepulauan Indonesia dan kedatangan mereka di Borneo Utara hanya bermula tahun 60-an semasa Sabah hampir mencapai kemerdekaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook