Latest News

Friday 5 June 2015

KEADAAN NEGERI SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Untuk Mu Sabah, Rakyat Didahulukan, Janji Ditepati Oleh Blog Suara Bebas Tuaran (screenshot) (screenshot) (screenshot)

SALAH satu sebab mengapa Sabah bersetuju dengan pembentukan Malaysia kerana keadaan daif yang didepani negeri dan rakyatnya pada ketika itu.

Para pemimpin Sabah semasa pra-kemerdekaan telah dibawa melawat ke Semenanjung untuk melihat sendiri bagaimana sebuah negara yang telah merdeka.

Semenanjung Malaya telah merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957 kemudian diikuti pembentuan Persekutuan Malaysia 6 tahun berikutnya.

Sabah yang mempunyai keluasan hampir 2/3 Semenanjung dengan jumlah penduduk yang sedikit serta sektor ekonomi yang sangat kurang selain infrastruktur yang terhad memerlukan masa yang panjang serta kewangan yang besar untuk membangun.

Sebagai negeri yang terbelakang, di awal kemerdekaan hanya sumber hutan sebagai sumber pendapatan kerana sektor-sektor lain masih belum tersedia.

Menebang hutan sahaja tidak cukup untuk membiayai pembangunan dan atas sebab itu hampir 40 tahun Sabah masih dalam keadaan daif jika dibandingkan dengan Semenanjung. Namun kini, jika dibandingkan keadaan era pra-kemerdekaan itu sebenarnya keadaan Sabah kini telah berubah lebih 400 peratus!

Perubahan-perubahan tersebut adalah seperti telah mempunyai jalan raya yang menghubungkan semua kawasan/daerah, lapangan terbang dibangunkan, sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi, hospital dan bangunan-bangunan kerajaan.

Juga meningkatkan rakyat yang ke sekolah sehingga menurunkan buta huruf dikalangan rakyat di mana pada awal kemerdekaan hampir 80 peratus rakyat Sabah buta huruf.

Sektor ekonomi digerakkan seperti industri kayu-kayan, ladang kelapa sawit, koko dan getah.

Memang pembangunan diibaratkan sebagai seorang pelari pecut. Sebagai contoh, jika pelari sudah memecut lebih dahulu sudah tentu akan sampai ke garisan penamat lebih awal demikianlah yang berlaku ke atas Sabah kerana lambat membangun maka lambatlah untuk sampai ke destinasi pembangunan yang diharapkan.

Kerajaan telah menyedari itu semua dan oleh kerana itu sejak Datuk Seri Musa Aman menerajui kerajaan Sabah, usaha membangun Sabah dirancakkan apatah lagi kini mendapat sokongan daripada kerajaan pusat melalui kepimpinan Dato' Seri Najib Razak.

Melalui RMK11, Sabah diberikan keutamaan khususnya pembangunan pelbagai infrastruktur termasuk lebuh raya Pan Borneo yang menelan belanja RM27 bilion.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook