Latest News

Tuesday 2 June 2015

KEDUDUKAN SABAH DAN SARAWAK SEBELUM PEMBENTUKAN MALAYSIA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kedudukan Sabah dan sarawak di turun taraf menjadi Negeri Oleh FB Page 1 suara sabah (screenshot)
(ii) Pemimpin Sabah tiada telur... Oleh the ant daily (screenshot) (screenshot)

SABAH diberikan Internal Self-Government oleh penjajah pada 31 ogos 1963 manakala Sarawak pada 22 Julai 1963.

Internal Self-Government tidak sama dengan negara merdeka sepenuhnya, seperti yang diberikan kepada Singapura dan Persekutuan Tanah  Melayu pada 31 ogos 1957 kerana melalui Internal Self-Government, tidak adanya perlembagaan ataupun pemerintahan yang berbentuk kabinet.

Internal Self-Government hanya kemerdekaan bersyarat yang diberikan oleh penjajah dan syarat tersebut, Sabah dan Sarawak perlu menyertai Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia.

Jika mendakwa bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai kedudukan yang sama dengan Singapura adalah tidak benar kerana dilihat daripada dua faktor iaitu Singapura mempunyai perlembagaan sendiri dan kabinet sendiri. Manakala Sabah dan Sarawak, hanya mendapat semua itu selepas 16 September 1963. 

Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook