Latest News

Wednesday 10 June 2015

KENYATAAN DARIPADA SEORANG PERDANA MENTERI KHAYALAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) TPM Dan Menteri KKLW Kena Rombak ? Oleh Blog Jalinan Politik (screenshot) (screenshot)

HANYA di Malaysia, terdapatnya ramai Perdana Menteri khayalan. Oleh sebab itu, mereka boleh membuat kenyataan tepat berkaitan rombakan kabinet.

Kuasa melantik kabinet hanya ditangan Perdana Menteri dan kebiasaannya, tiada cadangan atau pendapat orang lain yang diambil kira kerana Perdana Menteri akan melantik pemimpin yang merupakan wakil rakyat ke dalam kabinet, selain berfungsi sebagai pasukannya, juga bersandarkan kepada kedudukan dalam parti.

Di Malaysia, sistem yang diguna pakai adalah parti yang memerintah dan dengan itu kedudukan dalam kabinet ditentukan berasaskan susunan dalam parti.

Cakap-cakap berkaitan rombakan kabinet sebenarnya dimulai oleh seorang blogger, yang dahulunya seorang ahli Umno, Shahbudin Hussein. Kemudian, tulisan daripada blog tersebut diviralkan oleh portal-portal pembangkang yang kemudiannya disalur oleh penulis blog ini pula.

Tiada kebenaran berkaitan pendapat Shahbuddin itu kerana ianya hanya merupakan provokasi, sedangkan dia tiada akses langsung dengan Perdana Menteri.

Hanya orang yang tidak tahu tatacara pelantikan anggota kabinet sahaja yang boleh percaya dan terpengaruh dengan tulisan tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook