Latest News

Thursday, 18 June 2015

KENYATAAN MELALUI FACEBOOK ANAK SULTAN JOHOR

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) JOHOR JOINING SABAH SARAWAK MOVE... Oleh FB Borneo Wiki (screenshot)
(ii) Kenyataan benar: (tetapi mungkin masih ada sebahagian yang tidak faham) Oleh FB Doris Jones (screenshot)



PERJANJIAN tahun 1885 itu adalah di antara negeri Johor dengan Great Britain. 

Sebenarnya, perjanjian yang mengaku kenyataan Johor sebagai sebuah negara yang Merdeka dan berdaulat telah terbatal apabila Johor menandatangani perjanjian baru pada 12 Mei 1914 dengan Great Britain, yang mana Sultan menerima seorang Ketua Penasihat, Great Britain dan syarat hendaklah nasihatnya diminta dan diambil tindakan oleh Sultan selain daripada hal agama Islam dan adat istiadat. 

Ini bermakna daripada perjanjian itu, Johor pernah menjadi salah satu daripada negeri Selat yang berada di bawah kolonial British. 

Maka, andaian Johor sebuah negara Merdeka dan berdaulat adalah tidak benar. 

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook