Latest News

Tuesday 2 June 2015

KENYATAAN POLITIK ADA MAKSUD TERSIRAT

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Give Sabah and Sarawak 74 seats, says Kit Siang Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot) (screenshot)
(ii) Sabah, S'wak should have one-third of MP seats DAP Oleh FB Go Addy (screenshot)

SEJAK sekian lama, pemimpin DAP inilah yang menentang pertambahan jumlah kerusi untuk Sabah dan Sarawak.  Pada tahun 2003 apabila pertambahan kerusi bagi DUN Sabah daripada 48 kepada 60 sementara kerusi Parlimen daripada 20 ke 25, orang yang sama juga membuat berbagai dakwaan kononnya pertambahan kerusi tersebut untuk kepentingan Umno dan BN.

Mengapa pula semalam, pemimpin yang sama meminta pertambahan kerusi untuk Sabah dan Sarawak ditambah sehingga 74 kerusi parlimen kononnya untuk memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963? Sedangkan lebih 50 tahun pemimpin yang sama ini yang menentang pertambahan kerusi bagi Sabah dan Sarawak?

Sebagai bukti, penentangan kumpulan pemimpin tersebut terhadap pertambahan kerusi bagi Sabah dan Sarawak apabila pemimpin DAP Sarawak melakukan 'injunksi' di mahkamah berkaitan persempadanan baru Sarawak, di mana sempadan baru tersebut sudahpun diluluskan oleh DUN Sarawak namun dibatalkan oleh pihak mahkamah.

Pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang ini, kerap kali berdolak dalik dan tahu benar mengambil peluang politik dan bukannya membela rakyat bagi Sabah dan Sarawak khususnya.

Jika pihak pembangkang seperti Lim Kit Siang tidak melakukan berbagai dakwaan, sudah tentu, Sabah dan Sarawak sudah lama mempunyai sejumlah kerusi yang sesuai dengan Perjanjian Malaysia Tahun 1963.

Diimbas kembali pada PRU-2004 yang lalu, bagaimana pembangkang menjadikan isu pilihan raya BERKAITAN pertambahan kerusi Parlimen di Sabah dan pemimpin yang membawa isu tersebut tidak lain iaitu LIM KIT SIANG.

Rakyat Sabah, janganlah terpengaruh dengan kenyataan LIM KIT SIANG tersebut kerana setiap kenyataan pemimpin DAP itu mempunyai niat yang busuk lagi membusukkan!

Berkaitan pertambahan kerusi bagi Sabah dan Sarawak, jika TIADA PROTEST daripada Pembangkang DI MASA AKAN DATANG, sudah tentu ianya akan berlaku pada PERSEMPADANAN YANG SEDANG DIRANGKA PADA MASA INI.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook