Latest News

Monday 15 June 2015

KENYATAAN TAN SRI HARRIS BERASAS FAKTA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah and Sarawak are 2 EQUAL PARTNERS with Federation of Malaya... Oleh FB Soon-fen Chung (screenshot)
(ii) Why I Agree With 'Autonomy For All States' Oleh FB Borneo Wiki (screenshot)
(iii) LEGALITY OF NATION AT STAKE Oleh FB Borneo Wiki (screenshot) (screenshot) (screenshot)

SECARA umumnya, tidak berlaku pertindihan kuasa di antara negeri dan persekutuan kerana mempunyai senarai kuasa masing-masing. Hanya mungkin, daripada segi para pegawai pelaksana memandangkan jabatan persekutuan di Sabah dan Sarawak kebanyakannya diurus oleh para pegawai pusat atau persekutuan, di mana peratusannya sedikit daripada Sabah dan Sarawak.

Jika kenyataan Perdana Menteri bahawa ada kuasa-kuasa persekutuan yang boleh diturunkan kepada Sabah dan Sarawak, mungkin maksud beliau daripada segi para pegawai pelaksana dan pengurusan. Sebagai contoh, berkaitan urusan pelantikan pembekal makanan dan minuman ke asrama-asrama penuh. Pelantikan itu boleh diuruskan di peringkat negeri dan tidak perlu melibatkan Putrajaya. Demikian juga pertukaran kakitangan daripada satu tempat ke tempat lain dalam negeri di mana perkara itu boleh diuruskan di peringkat negeri sahaja.

Pembangunan yang bersumber kewangan daripada persekutuan untuk negeri, pelaksanaannya boleh diurus di peringkat negeri sebagai misalannya, pelantikan kontraktor, penyeliaan dan seumpamanya.

Peruntukan persekutuan untuk kerajaan negeri bolehlah disalurkan melalui perbendaharaan negeri. Ini mungkin perkara tersebut merupakan sebahagian kuasa persekutuan yang bakal diturunkan kepada kerajaan negeri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook