Latest News

Friday 19 June 2015

LAGI PAGE PEMBANGKANG: MUSIBAH TERKINI DISENSASIKAN!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Air bukit tertutup oleh runtuhan Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

PEMILIK page ini hanya wira penabur fitnah, wira yang tidak berbuat apa-apa juga wira yang menambah kerumitan kepada para mangsa dan mereka yang membantu.

Kawasan Ranau dan sekitarnya memang dilanda musibah bermula pada 5 Jun lagi. Akibat musibah gempa bumi tersebut, maka berlaku runtuhan tanah dan banjir lumpur, di mana tanah serta tumbuhan-tumbuhan di atasnya mengalir ke sungai Kedamaian, Kota Belud dan Liwagu, Ranau. Dua (2) sungai tersebut merupakan sumber air bagi loji penapis air Ranau dan Kota Belud.

Oleh kerana air tercemar oleh lumpur, maka bekalan air kepada mangsa dan penduduk terganggu dan terputus.  Pihak kerajaan dengan bantuan berbagai pihak mahupun swasta dan individu membantu menyediakan air dan sudah tentu air yang disediakan itu bukan terus ke rumah penduduk namun ditempatkan di satu lokasi terdekat.

Disebabkan gempa bumi pada 5 Jun itu yang pasti adalah kuasa kehendak Tuhan, maka para pencacai pembangkang mengambil peluang untuk dipolitikkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook