Latest News

Monday 8 June 2015

MA63 DAN KERUSI DEWAN RAKYAT

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa, is this correct... Oleh FB Thomas Leung (screenshot)

MELALUI Perlembagaan Malaysia, penentuan jumlah kerusi bagi setiap kawasan hendaklah ditentukan berasaskan keluasan dan jumlah pengundi. Tidak disebutkan berkaitan nisbah atau ratio antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Sejak tahun 2004, jumlah kerusi Parlimen seluruh negara sebanyak 222 buah kerusi, di mana Sabah, Sarawak dan WP. Labuan mewakili 57 manakala Semenanjung 165 kerusi. 

Meskipun Sabah dan Sarawak jika digabungkan melalui keluasan yang lebih berbanding Semenanjung, namun daripada segi penduduk Semenanjung didiami oleh 81 peratus rakyat negara ini.

Jika berasaskan nisbah, di Semenanjung setiap kawasan mempunyai jumlah pengundi purata sebanyak 133 ribu manakala di Sabah dan Sarawak serta WP. Labuan hanya mempunyai purata 87 ribu.

Jika dijadikan bahawa Sabah, Sarawak dan WP. Labuan mempunyai 74 buah kerusi iaitu 1/3 daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen, maka purata penduduk setiap Parlimen akan menjadi 67,000 rakyat manakala di Semenanjung akan menjadi 149,000 setiap kawasan Parlimen.

Berasaskan kepada jumlah penduduk dan keluasan adalah asas kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam penentuan kawasan persempadanan. Atas pertimbangan perbezaan keluasan dan jumlah penduduk, maka asas kepada jumlah kerusi parlimen ditentukan.

Bergantung kepada keperluan semasa, apakah SPR menentukan kaedah yang lain namun ianya memerlukan pengubahsuaian dalam perlembagaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook