Latest News

Thursday 25 June 2015

MAJLIS BANTUAN: SUSUNAN ACARA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) HENDAK AGIH BANTUAN PERLU PERASMIAN? Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

MANGSA adalah yang memerlukan penderma mereka yang bermurah hati. 

Menderma tiada paksaan. Demikian juga mangsa tiada keharusan untuk menerima bantuan.

Tidak tertulis mana-mana undang-undang atau peraturan bahawa mangsa sesuatu musibah perlu diberi derma untuk dibantu. Hanya mangsa yang membeli insuran sesuai dengan musibah sahaja yang mendapat pampasan.

Acara atau majlis pada 21 Jun lalu merupakan satu majlis kesyukuran dan tanda terima kasih kepada penderma juga majlis kesyukuran untuk para mangsa yang terselamat kerana tidak melibatkan kehilangan nyawa.

Para pemimpin yang datang selain merasmi dan bertemu tetamu adalah bertujuan untuk menemukan antara mangsa dan para penderma dalam satu majlis yang teratur agar supaya setiap yang terlibat dapat berjumpa atau bertemu dalam masa yang telah ditentukan.

Majlis seumpama ini adalah satu cara untuk menjimatkan masa dan kos selain teratur kerana ianya ditentukan pada satu lokasi yang telah ditentukan.

Facebooker ini sebenarnya cemburu kerana tidak mampu berbuat apa-apa apatah lagi membantu. Sebenarnya, facebooker tersebut dengan sebotol air 500ml pun tidak dia dapat memberikan kepada para mangsa gempa di Ranau.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook