TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) hanya mengesahkan bahawa 172 telah mendapat Kewarganegaraan pada 2014 Oleh FB Darell Leiking (screenshot)
MP Penampang, jarang benar bercakap berkaitan pembangunan baik bagi kawasan yang diwakilinya mahupun negeri Sabah.
MP Penampang itu lebih gemar bertanya soalan-soalan yang boleh membangkitkan emosi seperti soal-soal agama dan kerakyatan.
Terlihat bentuk soalan yang dikemukakan sangat umum. Soalan seperti itu boleh dijawab pendek atau boleh juga panjang. Penjawab tidak pasti, jawapan yang bagaimana diperlukan.
Sebagai seseorang yang berlatarkan undang-undang, seharusnya perlu mengemukakan pertanyaan yang lebih spesifik, termasuk menyatakan tahun dan tarikh sekian-sekian.
Berasaskan bentuk soalan yang disertakan, ianya adalah memadai dengan jawapan. Namun, jawapan tersebut dianggap pula tidak cukup. Jika menganggap jawapan itu tidak cukup, silalah bertanya lagi, kerana bukan pun ada larangan untuk bertanya. Namun, janganlah salahkan si penjawab dengan jawapannya, kerana soalan pun macam soalan budak-budak.
0 comments:
Post a Comment