Latest News

Tuesday 30 June 2015

'ORANG ASAL' MENURUT ISTILAH JEFFREY HANYA KAUM KDM SAHAJA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jeffrey: Sabah Gov’t failed to protect NCR land Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot) (screenshot)

ORANG Asal menurut istilah Dr. Jeffrey adalah hanya kaum peribumi KDM (Kadazan, Dusun & Murut) termasuk R (Rungus).

Sebenarnya, istilah 'Orang Asal' hanya muncul sejak tahun 2008 lagi dan sebelum ini istilah tersebut tidak pernah digunakan.

Kemudian, disensasikan dan yang menggunakan istilah tersebut adalah Dr. Jeffrey serta diikuti oleh pihak SSKM iaitu gerakan siber yang diketuai oleh Doris Jones.

Menurut Jeffrey, orang asal hanya merujuk kepada Kadazan, Dusun dan Murut manakala kaum-kaum lain bukan penduduk asal melainkan pendatang asing (PATI).

Sabah bukan sahaja diduduki oleh KDM sahaja kerana turut didiami oleh 30 suku kaum etnik bangsa yang lain.
Jeffrey lupa bahawa Kadazan hanya timbul pada tahun 1963 bagi merujuk kaum Dusun yang ada di kawasan bandar kerana kaum itu malu dipanggil Dusun kerana Dusun dalam istilah (Kamus Dewan) Melayu yang membawa maksud orang kampung atau orang terbelakang.

Berlainan dengan pemilikan tanah NT yang bertukar status daripada NT kepada CL (Non Native -Country Lease), ianya bukannya angkara pejabat di Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah sebaliknya angkara pemilik tanah tersebut. Memandangkan bermotifkan kewangan dan keuntungan semata, maka status tanah NT dicuba menukar sedemikian rupa oleh pemilik tanah untuk penukaran status.

Berkaitan tanah kerajaan yang diberikan kepada perladangan besar, ianya merupakan satu cara bagi kerajaan mendapatkan sumber kewangan melalui percukaian.  Tiada mana-mana negara di dunia ini yang tidak memberikan tanah kepada perladangan untuk tujuan komersial kerana jika tidak dilakukan, maka kerajaan tidak akan bakal mendapat pendapatan melalui percukaian.

Kerajaan Sabah mempunyai rekod seluas 14 juta hektar tanah  yang diberikan kepada rakyat namun tanah-tanah tersebut telah berpindah tangan atau dijual kepada pihak lain. Dengan sebab itu, kerajaan mengeluarkan tindakan dan keputusan baru bahawa geran tidak lagi diberikan secara individu sebaliknya melalui geran komunal.

Pertukaran hak milik atau perubahan status tanah berleluasa sejak tahun 1976 hingga 2002. Namun, selepas itu berkurangan secara drastik malah sejak 5 tahun yang lalu dihentikan sama sekali.

Oleh kerana kerajaan memantau dengan dekat perubahan status tanah di Sabah, maka terbongkarlah pemilikan tanah NT yang dibeli oleh mereka yang menggunakan sijil anak negeri 'palsu', di mana bukan calang-calang luasnya yang melebihi 2,000 hektar.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook