Latest News

Friday 19 June 2015

PAGE PEMBUAT FITNAH: KAYU-KAYAN SEBEGITU RUPA IMPAK TERHADAP GEMPA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jabatan perhutanan perlu menyiasat kayu balak yang memenuhi empangan... Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

PAGE atau halaman ini memang page membuat fitnah. 

Gambar kayu-kayan yang ditunjukkan adalah gambar keratan kayu-kayan yang hanyut akibat gempa bumi yang melanda Ranau pada 5 Jun 2015 yang lalu. 

Kuasa alam sebenarnya lebih sempurna berbanding kuasa manusia. Oleh kerana kayu-kayan tersebut hanyut daripada tanah yang lebih tinggi, maka kelajuan hanyutan sungguh deras yang menyebabkan kayu kayan tersebut bagaikan 'terpotong-potong'. 

Pemilik page ini, sebenarnya langsung tiada pengalaman melihat kayu-kayan yang hanyut kerana air deras atau banjir besar. Sedangkan rumah-rumah yang terkena juga turut bagaikan seperti diletupkan!

Pemilik page ini langsung tidak kenal dan tidak tahu topografi kawasan yang mengalami runtuhan selepas gempa bumi itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook