Latest News

Monday 15 June 2015

PATI: MENJADI TALI BARUT PENCULIK???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Penculik Guna PTI Sabagai Tali Barut Oleh Blog Jalinan Politik (screenshot) (screenshot)
(ii) Pati jadi tali barut penculik Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

TIDAK boleh dinafikan, PATI mungkin menjadi tali barut penculikan. Tidak boleh juga dinafikan sindiket penculikan juga terlibat. Wang tidak mengenal erti identiti atau status seseorang. Namun, tidak boleh dinafikan juga warga tempatan turut menjadi tali barut.

Seperti sindiket pengeluar kad pengenalan palsu, ianya dijalankan oleh orang tempatan yang bertujuan hanya bermotifkan wang. Wang boleh menjadikan seseorang atau kumpulan menjadi pengkhianat kepada negara.

Pasukan keselamatan tidak boleh terlepas pandang bahawa tali barut penculikan di Pantai Timur, Sabah merupakan tindakan para sindiket yang bermotifkan kewangan. Selagi wang tebus dibayar, selagi itu penculikan akan terus berlaku.

Bagi menoktahkan penculikan, maka barangkali caranya adalah 'jangan membayar wang tebusan'.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook