Latest News

Monday 22 June 2015

PEMBANGKANG MEMBANTUT PEMBANGUNAN MEROSAK KEHARMONIAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Huguan siou BN UMNO suruh... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

BENAR kata Tan Sri Pairin, Sabah tidak perlu pembangkang kerana pembangkang penyebab pembangunan terbantut dan merosak keharmonian rakyat Sabah.

Pembangkang hanya tahu menghasut dan memfitnah. Tiada pun cadangan pembangkang yang membawa kebaikan kepada Sabah dan rakyatnya. Sebagai contoh, pembangkang menghasut rakyat agar menolak pembangunan namun pada masa yang sama memfitnah yang kononnya kerajaan yang selamanya tidak membawa pembangunan.

Pembangkang tidak tahu peranan mereka. Mereka bertindak membangkang secara melulu tanpa ada cadangan untuk kebaikan. Tindakan kerajaan yang baik untuk rakyat juga turut dibangkang sebagai contoh pembinaan empangan untuk kemudahan bekalan air kepada rakyat yang turut hebat dibangkang dan seterusnya mengapi-apikan rakyat bahawa kerajaan tidak mampu menyediakan bekalan air bersih.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook