Latest News

Tuesday 23 June 2015

PERMAINAN KOTOR SALLEH KERUAK & RAHMAN: APA? RAHSIA BESAR DIDEDAHKAN??? PANCINGAN DUIT DAN DAPAT PPRT...

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) pihak Admin ingin mendedahkan satu rahsia... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot) (screenshot) (screenshot)

TIADA kebenaran cerita dalam page itu. Cerita itu merupakan cerita rekaan yang tiada asas. Page Tulun Sabah memang mahir menfitnah!

Kota Belud merupakan kubu kuat Umno malah merupakan anak sulung Umno Sabah. 

Datuk Seri Salleh Said Keruak merupakan Ketua Bahagian Umno Kota belud yang juga merupakan pemimpin utama Kota Belud.

Sementara Dato' Rahman Dahlan, meskipun pemimpin Umno Tuaran akan tetapi asal beliau memang berasal Kota Belud dan turut mempunyai ramai sanak saudara di daerah tersebut.

Tiada istilah menyogok pengundi dengan rumah PPRT kerana pengundi atau rakyat yang tergolong layak adalah perlu berdaftar dengan e-kasih. Mereka yang telah mendaftar, tidak perlu disogokkan kerana memang pun kerajaan akan membantu membina rumah golongan berkenaan sesuai dengan matlamat program tersebut.

Juga, tiada istilah menyogok pengundi sehingga RM1,500. Jika itu berlaku, berapa banyak wang yang diperlukan sedangkan sebuah negara pun hanya mampu memberi RM950 melalui BRIM kepada golongan yang layak. Inikan pula individu, di mana mereka mendapat jumlah wang sebanyak itu?

Pemilik page itu, mereka-reka cerita yang tidak masuk akal sehingga ternampak sangat bahawa  cerita itu tiada kebenaran langsung.

Selain itu, sungguh pelik mengapa para pemimpin parti yang disebutkan mengadu kepada page tersebut? Sedangkan pemilik page tersebut tiada kemampuan satu benda sebaliknya hanya mampu bersembunyi melalui laman sosial. Fikir-fikirkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook