Latest News

Tuesday 9 June 2015

PERTEMBUNGAN BUDAYA: MASIDI DIKATAKAN BODOH? PANAS!!...

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Masidi Manjun, you are an idiot, not a minister of tourism Oleh Twitter Emil Kaminski @monkeetimevideo (screenshot)
(ii) PENDAKI BERBOGEL... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)
(iii) Pendaki Bogel Hina Menteri Sabah dan Penduduk Tawau Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot)
(iv) WHY MIX LEGEND WITH MINISTERIAL DUTY? Sabah Minister gets into 'monkey' & 'dildo fight with nudist tourist Oleh Web Malaysia Chronicle (screenshot) (screenshot)
(v) Trolling Malaysia Oleh Youtube monkeetime (screenshot)
(vi) No Stopping Canadian Nudist Climber From Being Disrespectful Oleh Web Astro Awani (screenshot) (screenshot) (screenshot)

BAGI warga barat, berbogel di kawasan-kawasan peranginan seperti pantai atau lokasi-lokasi yang dibenarkan untuk berbuat demikian merupakan perkara biasa bagi mereka.

Namun, apabila perlakuan itu berlaku di negara-negara Asia seperti Malaysia ianya merupakan melanggar budaya kesopanan malah melanggar adat resam.

Gempa bumi yang berlaku di Sabah pada 5 Jun lalu dan kawasan yang paling teruk adalah di kawasan di mana Gunung Kinabalu itu terletak iaitu Ranau dan Kundasang.

Impak gempa yang berukuran 6.0 bermagnitud skala Ritcher yang pertama kali berlaku di Sabah pada kekuatan itu, selain merosak harta benda turut mengorbankan 15 pendaki gunung dan 3 malim.

Gempa bumi, merupakan aktiviti gunung berapi bawah tanah dan ianya merupakan proses semulajadi. Proses itu hanya boleh dihubungkan dengan Maha Pencipta dan tiada hubungan dengan sebarang kepercayaan karut.

Seminggu sebelum gempa bumi itu berlaku telah menjadi perbualan di dunia siber berkaitan dengan perbuatan 10 pelancong asing yang beraksi bogel selepas berjaya menakluk puncak Gunung Kinabalu.

Tindakan para pelancong tersebut dikecam hebat oleh mereka yang menaruh kepercayaan bahawa Gunung Kinabalu merupakan satu kawasan "suci" malah gempa bumi yang berlaku pada 5 Jun lalu itu merupakan atas kemarahan 'penunggu' atau pelindung gunung iaitu Aki Nabalu.

Oleh kerana berbagai komen dan kenyataan yang dihubungkan dengan spiritual termasuklah kenyataan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Haji Masidi Manjun, membuatkan salah seorang pelancong tersebut iaitu Emil Kaminski menulis di laman Twitter miliknya serta mengupload video di akaun Youtube miliknya menganggap kenyataan Masidi yang menghubungkan gempa bumi itu dengan perbuatan telanjang mereka adalah sesuatu yang bodoh! Di samping itu, pelancong ini juga turut mempersendakan Bandar Tawau dan penduduknya berikutan ketiadaan kemudahan internet sewaktu melawat bandar tersebut.

Oleh kerana pertembungan budaya, kenyataan Emil itu sebenarnya bukan satu tindakan luar biasa. Namun, mengeluarkan perkataan BODOH yakni menggambarkan bahawa Emil bukan seorang manusia yang bertamadun.

Inilah yang berlaku di barat, manusia tidak menghormati manusia dengan perilaku mereka sudah mendekati perbuatan binatang di mana akal dan malu sudah tidak mereka miliki.

Walaupun Masidi dikatakan bodoh oleh salah seorang pelancong itu, namun sebenarnya, hanya menunjukkan betapa bodohnya Emil Kaminski.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook