Latest News

Thursday 18 June 2015

SABAH BERHUTANG RM60 BILION DARIPADA PUTRAJAYA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jeffrey: Putrajaya owes Sabah RM100b plus Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot) (screenshot)
(ii) YET MUSA, PAIRIN PRAISE NAJIB... Oleh Web Malaysia Chronicle (screenshot) (screenshot)

JIKA ikutkan perkiraan Jeffrey dan Edmund Bon, di mana Sabah perlu menuntut 40 peratus daripada pendapatan bersih agensi persekutuan yang beroperasi di Sabah sejak 40 tahun lalu. Maka pada masa ini, Sabah berhutang RM60 bilion daripada Putrajaya berbanding Putrajaya berhutang RM100 bilion seperti mana dakwaan tersebut.

Pendapatan bersih, 40 peratus menurut Jeffrey bernilai RM2.5 bilion setahun. Ini bererti untuk 40 tahun, maka menjadi RM100 bilion. Jeffrey lupa jika 40 peratus tersebut diberikan, maka tiada peruntukan lain lagi kecuali bayaran royalti 5 peratus.

Kerajaan yang diurus oleh orang melihat bahawa angka 40 peratus tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan Sabah dan atas sebab itu ratio atau nisbah tersebut diketepikan. Sebaliknya, peruntukan untuk Sabah diasaskan kepada permintaan yang diterjemahkan kepada bajet tahunan.

Melihat kepada angka-angka peruntukan yang disalurkan persekutuan ke Sabah yang berpurata RM4 bilion setahun sejak tahun 1974 lagi, ianya bermaksud selama 40 tahun persekutuan telah menyalurkan RM160 bilion! Jika dibandingkan dengan angka Jeffrey, maka Sabah menerima lebihan bayaran sebanyak RM60 bilion.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook