Latest News

Tuesday 30 June 2015

SIJIL ANAK NEGERI PALSU

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) NGO hails Musa on 2,000 hectares of NCR land seized Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot) (screenshot)

PEMALSUAN pengeluaran sijil anak negeri memang bermotifkan kewangan. 

Tindakan SPRM menyiasat, memburu dan menangkap pemilik sijil tersebut apabila Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah mengesan bahawa berlakunya perpindahan tanah NT kepada penama-penama yang mencurigakan. Namun, penama-penama itu dikatakan berstatus bumiputera berasaskan 'sijil anak negeri'.

Selain itu, kerjasama dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB) juga telah membantu membongar sindiket pemalsuan sijil anak negeri di Sabah baru-baru ini.

Melalui operasi SPRM, seramai lebih 30 individu termasuk tiga (3) bergelar 'Datuk' telah didapati menggunakan sijil anak negeri yang palsu. Melalui tindakan mereka tersebut seluas 2,000 hektar tanah NT telah bertukar tangan malah salah seorang pemilik sijil anak negeri palsu tersebut didapati mempunyai 300 geran tanah NT seluas 1,000 hektar.

Atas tindakan SPRM tersebut, bukan sahaja kerajaan negeri mengalu-alukannya malah beberapa badan NGO di negeri ini turut menyokong.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook