Latest News

Sunday 28 June 2015

Sindiket Pemalsuan Sijil Anak Negeri


SINDIKET pemalsuan sijil anak negeri yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang bukan bumiputera sebenarnya bermotifkan kewangan. Sindiket tersebut melibatkan pihak-pihak yang tamak namun gagal melihat implikasi kepada tindakan mereka.

Sijil anak negeri, apabila jatuh ke tangan mereka yang mempunyai kemampuan wang boleh mengakibat merugikan negeri dan rakyat bumiputera kerana pemilik menyalahgunakan sijil tersebut untuk merebut peluang bumiputera antaranya seperti pemilikan saham bumiputera dan tanah (NT) Native Title yang dibeli dengan harga murah.

Tindakan SPRM menyiasat dan seterusnya menangkap mereka yang mempunyai sijil anak negeri seharusnya dilakukan sejak sekian lama kerana perkara tersebut sangat merugikan bumiputera.

Kini, banyak sungguh tanah NT di kampung-kampung yang dimiliki oleh rakyat yang mengaku diri mereka adalah bumiputera. 

Akibat tindakan SPRM, kini telah terbongkar hampir 2,000 hektar tanah NT yang telah bertukar tangan malah salah seorang yang mengaku bumiputera dengan sijil bumiputera palsu mempunyai 300 geran tanah NT seluas 1,000 hektar.

Ketua Menteri Sabah, menyambut baik tindakan SPRM dengan menyiasat sindiket pengeluaran sijil anak negeri palsu kerana jika tidak dibendung akan pasti membawa implikasi sosial yang sangat buruk terhadap hak pemilikan dan keharmonian rakyat negeri ini.

Keluasan 2,000 hektar hanya bersifat "tips of iceberg" kerana di merata kampung di Sabah terlalu luas tanah NT yang telah bertukar tangan melalui pembelian menggunakan sijil tersebut.

Pihak Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah perlu mengemaskini sistem data jabatan tersebut untuk mengenalpasti keluasan tanah yang terlibat.

Sebagai tambahan kepada maklumat ini, jangan lupa bahawa ada juga sindiket yang menggunakan penduduk tempatan atau bumiputera sebagai 'proxy' bagi maksud membeli tanah-tanah NT seperti perkahwinan olok-olok atau melalui "pekerja" sindiket tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook