Latest News

Friday 26 June 2015

SKANDAL PEMBELIAN BANGUNAN 5 TINGKAT OLEH MARA Inc DI AUSTRALIA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) WHY HAS SHAFIE APDAL BEEN SO QUIET? Strong Sabah connection in Mara scandal Oleh Web Malaysia Chronicle (screenshot) (screenshot)
(ii) Strong Sabah connection in Mara’s Aussie buys Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot) (screenshot)

ISU ini hanya timbul pada 23 jun apabila akhbar tempatan negara Australia 'The Age' mendedahkan bahawa satu pembelian anak syarikat MARA iaitu MARA Inc Sdn Bhd terhadap bangunan 5 tingkat Dudley International House di Melbourne dengan harga "jack up" daripada AUD 17.8 juta kepada AUD 22.5 juta.

Skandal ini sebenarnya tidak akan berbangkit jika pemilik asal bangunan tersebut memenuhi obligasi terhadap kontraktor yang membina bangunan tersebut. Oleh kerana kontraktor tidak mendapat bayaran, maka kontraktor tersebut dimufliskan kerana tidak mampu membayar hutang yang dibuat untuk membina bangunan lima tingkat tersebut.

Dalam siasatan selama 8 bulan, didapati telah berlakunya perpindahan wang selain dokumen-dokumen yang berkaitan penjualan bangunan tersebut yang disifatkan sebagai rasuah kerana berlakunya "kicks back" kepada pihak pembeli.

The Age menyebut empat (4) nama yang terlibat dengan transaksi pembelian tersebut iaitu Encik Mohd Lan Allani selaku Pengerusi Mara Inc, Dato' Halim Abdul Rahman CEO Mara Inc dan dua orang peniaga Malaysia Encik Yusof Gani dan Encik Ahmad Azizi.

Mohd Lan Allani merupakan mantan ADUN Sulabayan, Semporna dan bekas Bendahari Umno, Semporna pimpinan Dato' Seri Shafie Apdal.

Ramai penganalis turut tertanya-tanya, mengapa Dato' Shafie Apdal mengambil pendekatan diam berhubung dengan pendedahan The Age tersebut sedangkan Pengerusi MARA yang baru iaitu Tan Sri Annuar Musa telah menyatakan bahawa tambahan pembelian hartanah tersebut diluar pengetahuan lembaga pengarah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook