Latest News

Monday 22 June 2015

SOLIDARITY 4 SABAH: GAMBAR PERBANDINGAN BANTUAN & SURAT DATIN SERI ROSMAH DIFITNAH!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) ADAKAH KITA BERBEZA BERBANDING MEREKA... Oleh FB Page Solidarity 4 Sabah (screenshot)
(ii) SYABAS DAN TAHNIAH... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot) (screenshot)
(iii) BENARKAH SEPERTI PENGUMUMAN... Oleh FB Evangeline Gabradilla Gabradilla (screenshot)

HALAMAN atau page ini tidak dapat membezakan di antara penampungan menggunakan kem dan balai raya. Semasa bencana banjir di Semenanjung hujung tahun lalu, bantuan terpaksa menggunakan kem atas sebab tidak mencukupi tempat penampungan. Apabila masih ada bangunan yang boleh digunakan sebagai penampungan, maka bangunan seperti balai raya atau sekolah digunakan sebagai tempat penampungan.

Rupanya, page ini mahu juga menggunakan kem berbanding bangunan seperti mana digunakan semasa gempa bumi di Ranau. Pemilik page ini suka sangat membataskan atau menghadkan pergerakan para mangsa dengan menampung mereka menggunakan kem sedangkan balai raya atau dewan mempunyai kemudahan asas seperti tandas dan lebih kondusif.

Terpaksa sangat page ini menggunakan gambar yang dimuat naik oleh sukarelawan semasa awal pemindahan mangsa gempa dan seterusnya meroyan dan bercakap yang tidak difahami. Ini kerana apa yang dicakap itu sama sekali tiada asas. Bunyi cakap atau komennya page tersebut macam seolah-olah orang yang mabuk. 

Seperkara lagi, alangkah busuk hatinya beberapa akaun facebook ini yang mengatakan bahawa lawatan isteri Perdana Menteri yang ditangguhkan kononnya ada hubungan dengan bantuan kepada para mangsa gempa bumi di mana dakwaan mengatakan bahawa bantuan tidak akan disalurkan selagi Datin Seri Rosmah tidak datang. Lagipun, tujuan dakwaan kononnya bantuan-bantuan daripada berbagai pihak dikatakan Rosmah yang mendapat nama. Baiklah sekarang, sila baca betul-betul. Sebenarnya, dakwaan itu fitnah dan palsu! Datin Seri Rosmah datang membawa bantuan daripada BAKTI untuk disalurkan kepada para malim gunung khususnya dan para mangsa amnya.

Sebenarnya, kedatangan Datin Seri Rosmah bukan bertujuan mendapat nama daripada bantuan pihak-pihak tertentu sebaliknya beliau juga datang membawa berbagai bantuan yang perlu beliau agihkan.

Akaun Facebook Edward Stephen Edward Stephen dan Evangeline Gabradilla Gabridalla sebenarnya bukan mempunyai matlamat membantu mangsa gempa atau para malim gunung. Sebaliknya, menghalang bala bantuan daripada orang ramai kerana membuat fitnah! 

Tiada kerja lainkah kamu berdua ni? Hanya asyik memfitnah sahaja....
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook