Latest News

Friday 5 June 2015

TAMBAHAN KERUSI BAGI SABAH DAN SARAWAK: SPR HANYA MERUJUK PERLEMBAGAAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) EC says not bound by 1963... Oleh Web The Malaysian Insider (screenshot) (screenshot)
(ii) SPR adalah KETUANAN MELAYU... Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) hanya bergantung kepada 'Perlembagaan' dalam penentuan  persempadanan bagi penentuan jumlah kerusi bagi maksud penentuan kerusi Dewan Undangan Negeri mahupun Dewan Rakyat.

Penentuan persempadanan seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan didasarkan kepada jumlah penduduk dan keluasan sesuatu kawasan atau negeri.

Tiada ketetapan ratio atau nisbah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung berkaitan jumlah kerusi sejak negara dibentuk pada tahun 1963 lagi.

Apa yang menjadi kemuskilan berkaitan dengan jumlah kerusi dewan rakyat antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak apabila Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965 di mana kerusi yang mewakili Singapura diterjemahkan di Sememanjung.

Tiada undang-undang atau persetujuan bertulis bahawa pengagihan kerusi antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung. Apa yang ada hanya secara kebetulan pada tahun 1963 iaitu jumlah kerusi bagi Sabah, Sarawak dan Singapura 1/3 daripada jumlah keseluruhan kerusi dewan rakyat.

SPR memang benar apabila mengatakan bahawa penentuan jumlah kerusi melalui persempadanan pilihan raya hanya berasaskan kepada perlembagaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook