Latest News

Wednesday 24 June 2015

TELEKUNG SALIB DI TAWAU: PEREKA ITU YANG PERLU DICARI...JAINAB PULA MENJADI MANGSA!! INI TIADA KENA-MENGENA DENGAN POLITIKLAH!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Benarkah menteri BN UMNO suka menggunakan isu agama dan bangsa Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

KENYATAAN dan nasihat Datuk Jainab adalah khusus untuk penganut agama Islam, tidak mengira latar belakang. Kenyataan menteri tersebut bagi mengingatkan umat Islam agar lebih berhati-hati dan jangan terperangkap dengan dakyah pihak-pihak tertentu yang suka mempermainkan agama.  

Kepada semua pembaca, di sini tiada paksaan dan hasutan cuma mohon sila baca betul-betul nasihat ringkas beliau itu di petikan tersebut dan memahaminya. Kemudian, bandingkan kefahaman anda dengan pembangkang. Adakah itu sekadar nasihat/saranan umum atau isu memutar belit politik seperti dakwaan page di Pembongkaran Penipuan BN UMNO?

Tanda salib merupakan tanda yang digunakan penganut agama Kristian aliran Katolik dan sudah tentu juga mereka yang mengamalkan ajaran agama tersebut merasa terhina kerana simbol agama itu dipermainkan.

Pereka telekung/baju kurung bermotifkan tanda salib, sebenarnya mempunyai matlamat serampang dua mata di mana menghina umat Islam dan umat Katolik sekaligus. Sepatutnya, pereka tersebut yang perlu dicari dan boleh dipersalahkan kerana mencipta rekaan yang tidak mempedulikan dan agak cuai terhadap sensitiviti  soal-soal milikan bentuk yang ada pada setiap agama keseluruhannya.

Ditambah lagi pemilik page tersebut (Pembongkaran Penipuan BN UMNO), kelihatan sekali melalui caranya menulis dan membuat dakwaan seperti yang bukan pengamal agama yang betul atau mungkin jahil terhadap agama.

You cakap macam ini apa cerita sebenarnya?
 

"Adakah tuduhan ini benar?adakah ini kenyataan? Benarkah menteri BN UMNO suka menggunakan isu agama dan bangsa untuk mengaburi mata rakyat mengenai isu GST , 1mdb, altantuya ,projek i.c dan lain-lain?"

Ucapan petikan yang menggunakan bahasa yang cukup mudah difahami itupun masih tidak tahu membezakan yang baik atau sebaliknya? Pelik tapi benar!

Agak-agaklah memfitnah itu...dasar pembangkang betul!
 

Sila banyak mengucap istighfar saudara sekiranya anda Muslim, bulan Ramadan yang mulia ini harus dihormati dan lebih banyak beribadah. Bukannya tahu memutar belit sahaja sehingga 24 jam... Tolong hormat sikit!

Dan tidak lupa juga kepada semua tukang komen tegar macai pembangkang!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook