Latest News

Friday 26 June 2015

TUNTUTAN KE ATAS SABAH: ISU PEMILIHAN PRESIDEN FILIPINA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) 'SABAH MILIK FILIPINA' Oleh Web Spotnews (screenshot) (screenshot)
(ii) sikap pemimpin BN UMNO sabah sangat teruk... Oleh Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(iii) Bolehla Saya katakan Yg PEMIMPIN... Oleh FB Juin Molondoi (screenshot)

SEBENARNYA, isu ini merupakan isu awal bulan lalu. Ianya timbul ekoran kenyataan presiden Filipina, Bengnio Aquino Jr III sebagai bahan kempen untuk pemilihan presiden negara itu.

Sebenarnya, Filipina tahu, Malaysia akan menang mudah dalam isu tuntutan ke atas Sabah jika kerajaan Filipina dan Malaysia bersetuju membawa perkara itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).  Berdasarkan rekod dan bukti sejarah yang jelas menunjukkan Sabah adalah milik Malaysia. Jika sekalipun diadakan satu lagi pungutan suara mengenai hasrat rakyat Sabah, "semua rekod menyebelahi kita!".

Jika kerajaan Filipina membawa isu tuntutan ke ICJ, mereka akan kalah sama seperti mereka kalah dalam isu tuntutan Pulau Sipadan. Mereka tidak pernah 'mengendali' pulau ini sejak 1873. Lebih penting, rakyat Sabah telah bersetuju menjadi sebahagian daripada Malaysia. Ini keputusan dicapai Suruhanjya Cobbold sebelum pembentukan Malaysia

Debat mengenai tuntutan ke atas Sabah oleh kerajaan Filipina dan 'Kesultanan Sulu' timbul kembali berikutan insiden pencerobohan di pantai timur Sabah pada Mac 2013 yang lalu.

Filipina yang menggunapakai, 'Kesultanan Sulu' tidak boleh membawa kes itu ke ICJ kerana ia bukan sebuah negara berdaulat. "Sulu sendiri tidak boleh berdepan dengan Malaysia...sukar untuk pergi ke ICJ kecuali Manila sedia membantu mereka".

Presiden Filipina seperti dalam 'caption' menyatakan bahawa terlalu sukar menguggurkan tuntutan ke atas Sabah kerana ianya ada hubungan dengan emosi rakyat negara itu. 

Jika diimbas kembali, penggabungan North Borneo dengan Persekutuan Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, dilatarbelakangi oleh keinginan Filipina menuntut Sabah.

Sebelum ini, Anti Fitnah Sabah (AFS) juga ada menulis  berkaitan isu yang serupa (klik di sini).
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook