Latest News

Friday 12 June 2015

YANG MENUDUHLAH PENGHALANG KEPADA KEMAJUAN HAL TANAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Inilah sebab sebenarnya mengapa rakyat Sabah Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

PENUDUH inilah yang menghalang kemajuan. Ini sebabnya, dia boleh bercakap begitu kerana tindakannya yang sedemikian. Disebabkan bertindak menghalang kerajaan atau agensi kerajaan memajukan tanah-tanah kerajaan, maka diputar belitkanlah isu tersebut, kononnya kerajaan tidak memajukan tanah-tanah tersebut.

Salah satu tindakan jitu atau tepat kerajaan adalah memberi geran tanah komunal. Tujuan geran tersebut agar supaya pemilik dapat beramai-ramai memajukan tanah mereka dengan kerjasama berbagai agensi kerjaan seperti Lembaga Tabung Getah Sabah (LTGS), Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB), Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA), Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah (LPP Sabah), FELDA, FELCRA, Koperasi Pembangunan Desa (KPD), Yayasan Usaha Maju Sabah atau  sebagainya.

Geran komunal juga bertujuan supaya pemilik boleh mewariskan tanah tersebut kepada anak dan cucu-cicit mereka. 

Lihat bagaimana busuk hatinya pemilik page ini di mana rakyat sebenarnya meminta dan memohon tangki, atap berzink atau keperluan rumah lalu apabila diberikan, dikatakan pula rakyat dibeli.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook