TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) Sabah telah diberi hak sepuluh lebih daripada yang patut Oleh FB Page Demi Sabah (screenshot)
PERLU diingat, apa yang mendasari kajian terhadap peruntukan kewangan kepada Sabah yang pertama dilaksanakan pada tahun 1968/1969 dan yang kedua iaitu tahun 1974? Asas kepada kajian tersebut adalah peraturan kewangan yang diasaskan kepada 40 peratus daripada kutipan bersih Persekutuan daripada Sabah, tidak memadai untuk pembangunan Sabah kerana keluasan Sabah yang begitu besar selain daifnya infrastruktur dan kemudahan asas untuk rakyat.
Walaupun kajian kedua tahun 1974 tidak mempunyai keputusan ekoran pemergian Pengerusi jawatankuasa tersebut iaitu timbalan perdana menteri, Tun Dr.
Ismail Abdul Rahman, namun kerajaan Persekutuan mengambil keputusan
bahawa peruntukan kepada Sabah diasaskan kepada bajet tahunan negeri
dengan 3 nisbah 1; ertinya setiap jumlah Bajet Sabah akan diberikan
peruntukan 3 kali ganda.
Terlihat melalui data dan maklumat yang dikemukakan oleh Dato' Abdul Rahman Dahlan bahawa jika dilihat
daripada kutipan Persekutuan daripada Sabah berbanding peruntukan yang
diberikan, maka peruntukan Persekutuan kepada Sabah adalah berlipat ganda
berbanding kutipan cukai yang berasal daripada Sabah.
Jika diasaskan kepada peruntukan 40 peratus daripada nilai bersih, maka
daripada RM26 bilion kutipan persekutuan daripada Sabah daripada tahun
2002-2013, kerajaan pusat hanya perlu mengembalikan
RM10.4 bilion akan tetapi persekutuan telah meluncurkan
RM81 bilion atau 10 kali ganda peruntukan yang sepatutnya diperolehi
oleh Sabah.
Cadangan penubuhan Jawatankuasa Khas
untuk mengkaji peruntukan kepada Sabah berasaskan 40 peratus nilai
bersih kutipan cukai Persekutuan daripada Sabah yang dipersetujui oleh
Perdana Menteri baru-baru ini, boleh sahaja keputusannya merugikan
Sabah jika dilihat daripada data statistik peruntukan persekutuan
kepada Sabah sejak tahun 1975 lagi apabila peruntukan 40 peratus itu tidak
diamalkan.
Bagi mereka yang kurang arif
berkaitan peraturan kewangan kerajaan, jika menjadi 'pakar sekelip mata'
kerana untuk mendapatkan kewangan kerajaan adalah TIDAK SAMA dengan membeli
roti canai atau gula-gula di kedai runcit.
Kerajaan tidak boleh membayar sebarang bayaran jika bukan termasuk dalam bajet tahunan kerajaan.
0 comments:
Post a Comment