Latest News

Friday 24 July 2015

40% TIDAK TAHU KERANA TIDAK PEKA: Tiada Bekas KM, Menteri Kewangan Sabah Tahu???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Menteri Kewangan Sabah tahu Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

ADA (2) dua keadaan berlaku apabila seseorang itu mempunyai kuasa. Perkara pertama adalah sengaja tidak mahu tahu perkara lalu dan kedua tindakan hanya untuk masa depan atau proaktif.

Dua keadaan tersebut telah menyokong kenyataan mantan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Yong Teck Lee di mana mengapa selepas Tun Mustapha dan Tun Mohammad Fuad Stephens, tiada lagi ketua menteri yang tahu berkaitan bayaran 40 peratus daripada pendapatan bersih Persekutuan daripada Sabah.

Sebenarnya Yong tersilap kerana apabila mengatakan tiada ketua menteri yang tahu mengenai perkara itu. Ketua Menteri Sabah ke-13 iaitu Datuk Seri Musa Haji Aman telah mengetahui perkara itu namun beliau tidak war-warkan melainkan digunakan untuk mendapat peruntukan lebih daripada Persekutuan.

Lihat sahaja berapa banyak peruntukan Persekutuan kepada Sabah, sebaik sahaja Musa dilantik sebagai Menteri Kewangan. Melalui rekod lalu sejak tahun 2002-2013, Persekutuan telah meluncurkan RM81 bilion berbanding pendapatan Persekutuan di Sabah iaitu RM26 bilion. Jika dikira 40 peratus daripada RM26 bilion hanya RM10.4 bilion, maka mana yang lebih besar antara RM10.4 bilion atau RM81 bilion?

Bagi rekod Musa setelah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003, sebelum ini beliau telah menyandang jawatan 'Menteri Kewangan Sabah'.

Berkaitan dengan penubuhan Jawatankuasa Khas untuk mengkaji peruntukan bagi Sabah yang didasarkan kepada pendapatan bersih, rakyat Sabah jangan dulu bergembira kerana kemungkinan hasil kajian tersebut tidak menyebelahi Sabah ekoran pendapatan Persekutuan daripada Sabah yang tidak pernah melepasi RM10 bilion setahun.

Jika RM10 bilion digunakan, maka 40 peratus daripadanya hanya RM4 bilion sedangkan rata-rata peruntukan Persekutuan kepada Sabah adalah di antara RM10 hingga 12 bilion setahun sejak tahun 1975.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook