Latest News

Wednesday 22 July 2015

ANTARA FITNAH DAN FAKTA: TIADA ISTILAH MEMUJUK ISU ROYALTI MINYAK!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) BENARKAH SABAHAN HANYA MEMINTA 5% dari hasil bumi Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh pernah berkata jika beliau dan kabinetnya pada tahun 1976 tidak menandatangi Perjanjian Petronas, kemungkinan besar Sabah tidak mendapat sebarang bayaran kerana pada permulaannya semua penemuan minyak dikatakan ditemukan di Perairan Sabah yang berlokasi di luar Kawasan Zon Ekonomik Negeri iaitu di luar 12 batu nautika.

Kawasan 12 batu nautika adalah bukan wilayah negeri melainkan wilayah persekutuan di mana wilayah tersebut berkembang sehingga 120 batu nautika.

Para pemimpin yang gagal menandatangani Perjanjian Petronas sebelumnya, sebenar gagal melihat cakupan wilayah Sabah dan atas sebab itulah Tan Sri Harris Salleh mengingatkan rakyat Sabah yang kerap mengungkit berkaitan bayaran royalti 5 peratus perlu benar-benar mengkaji kedudukan Sabah dalam perkara itu.

Kerajaan negeri yang peka terhadap kedudukan itu, tidak sibuk dengan kadar bayaran 5 peratus kerana perkara utama adalah bagaimana Sabah mampu menjadi salah satu pemain dalam usaha industri minyak dan gas. 

Mendasari kepada pertimbangan (yakni mahu menjadi pemain dalam minyak dan gas), maka Sabah menubuhkan syarikat carigali minyak sendiri iaitu M3Energy Berhad. Atas persetujuan Petronas, kini syarikat Sabah tersebut sedang berganding bahu dengan syarikat nasional tersebut untuk menerokai kawasan minyak dan gas di sekitar perairan Sabah.

Melalui beberapa pejelasan di atas sebenarnya, tiada istilah memujuk yang berlaku akan tetapi semua pertimbangan didasarkan kepada urusan perniagaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook