Latest News

Monday 6 July 2015

BATU SUMPAH SEBENAR???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)Di mana pula batu sumpah yang lama Oleh Fb Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(ii) AYA ADA SATU FIKIRAN BARU Oleh FB Page Negara Sabah (screenshot)

JIKA ditemui Batu Sumpah Peringatan 'asal', maka biarlah tulisan pada Batu Sumpah itu sebagai catatan sejarah. 

Dalam Perjanjian Malaysia atau mana-mana laporan sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia sama ada Laporan Lord Cobbold atau IGC, tidak pernah disebut berkaitan Batu Sumpah.

Batu sumpah itu wujud selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Batu sumpah itu diwujudkan oleh penduduk pedalaman terutamanya di kawasan yang menyokong pembentukan Malaysia. Namun, mereka meminta syarat tambahan kepada perjanjian Malaysia yang telah pun ditandatangani dengan diterjemahkan kepada tulisan pada Batu Sumpah tersebut.

Sebenarnya, apa pun yang tercatat pada Batu Sumpah tersebut boleh sahaja diubah oleh penduduk negeri ini melalui Dewan Undangan Negeri (DUN). Dengan itu, berkaitan dengan agama sebenarnya diluluskan oleh wakil rakyat melalui sidang Dewan Undangan Negeri pada tahun 1971 iaitu 8 tahun selepas merdeka.

Perlu diingat bahawa sidang dewan tersebut diwakili oleh semua kaum termasuk suku kaum yang menzahirkan batu sumpah tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook