Latest News

Thursday 2 July 2015

BOM JANGKA: HANYA PENDAPAT DR. JEFFREY

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Putrajaya’s ‘time bombs’ bigger threat than separatists, says Jeffrey Kitingan... Oleh Web The Malaysia Insider (screenshot) (screenshot) (screenshot)

DR. Jeffrey merupakan seorang yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi seperti pemegang sijil PhD. Beliau mahir dalam menganalisa berbagai peristiwa lampau dan menghubung-hubungkan peristiwa tersebut. 

Analisa menghubung-hubungkan peristiwa yang telah berlaku atau yang sedang berlaku boleh digambarkan sebagai untuk demi kebaikan mahupun boleh digambarkan sebagai ancaman atau perkara-perkara yang buruk akan bakal berlaku.

Dalam menganalisa peristiwa-peristiwa lalu, Jeffrey mengambil pendekatan yang berimpak buruk. Contohnya dalam isu ISIS, Bangsamoro dan Bugis.

Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) sebenarnya satu organisasi tajaan pihak-pihak tertentu untuk menghancurkan dunia Arab. Ahli anggota gerakan pengganas tersebut tidak semestinya beragama Islam. Oleh sebab itu, jarang sekali kita melihat mana-mana ahli anggota gerakan tersebut tanpa muka tertutup di khalayak ramai atau media.

Bangsamoro pula merupakan gabungan berbagai etnik di Selatan Filipina yang bertujuan untuk mendirikan negara sendiri. Perjuangan bangsa ini sudah bermula sebelum negara Filipina merdeka lagi.

Pada era 70-an semasa pemerintahan Marcos di mana berlakunya perang saudara di Filipina, ramai rakyat kawasan tersebut meninggalkan kampung-kampung mereka dan menjadi pelarian. Atas permintaan Persatuan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) meminta Malaysia menerima pelarian tersebut dan kos penampungan ditanggung oleh badan dunia itu.

Bagi mereka yang berstatus pelarian diberikan dokumen IMM13. Namun, masa terus beredar meninggalkan zaman yang lalu dan sudah pasti kita manusia boleh sahaja menyesuaikan diri pada sebarang keadaan. Pelarian Filipina yang sebelumnya tidak tahu berbahasa Malaysia akhirnya pandai bertutur dan mereka juga mula berintegrasi malah berasimilasi termasuk berkahwin dengan penduduk tempatan.

Berasas keadaan ini, ada pihak-pihak tertentu melihatnya sebagai peluang maka berlakulah sindiket pemalsuan dokumen di mana akhirnya menjadi kronik sehingga memaksa kerajaan berbelanja besar menangani termasuklah menubuhkan RCI (Pati).

Bagi bangsa Bugis pula yang dihubungkan dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa beliau berbangsa Bugis adalah bukan menggambarkan bahawa bangsa itu akan menjadi musuh kepada bangsa lain seperti mana yang digambarkan oleh Jeffrey.  

ADUN Bingkor yang juga Pengerusi STAR Sabah tersebut menggambarkan melalui kenyataan yang menggabungkan ISIS, Bangsamoro dan Bugis adalah seolah-olah bangsa lain yang bukan Islam akan terancam. Maka, beliau menyokong SSKM yang digerakkan oleh mereka yang bukan beragama Islam terutama daripada kumpulan KDM yang bukan Islam yang lebih selamat berbanding tiga (3) elemen yang beliau gambarkan sebagai bom jangka bagi Sabah.

Melalui kenyataan Jeffrey tersebut, Sabah yang didiami oleh berbagai etnik dan agama adalah tiada masa depan jika individu seperti beliau ini terus dibiarkan bercakap kerana kenyataan-kenyataannya boleh membangkitkan emosi segelintir kumpulan khususnya KDM.

Seharusnya, pihak berkuasa perlu bertindak demi pencegahan melalui "mengamankan" atau menenangkan Jeffrey dan diletakkan di tempat yang sepatutnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook