Latest News

Thursday 23 July 2015

BURUH ASING DARIPADA BANGLADESH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Seperti IMM13 dan pATI yang ada di SABAH Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

PRASYARAT membawa buruh asing daripada Bangladesh apabila semua pekerja asing yang tidak berdokumen berjaya dihalau daripada negara ini khususnya mereka yang berada di Semenanjung.

Kementerian Dalam Negeri berpendapat bahawa membawa buruh asing yang berdokumen lebih mudah melakukan pemantauan kerana mereka itu di bawah jaminan majikan masing-masing. Juga, mempunyai rekod semasa yang berasaskan biometrik.

Buruh daripada Bangladesh kesemuanya terdiri lelaki tanpa keluarga. Tujuan kepada prasyarat ini untuk memudahkan mereka itu dihantar pulang apabila kontrak telah tamat.

Kecurigaan pihak-pihak tertentu terutamanya pemilik page facebook ini sebenarnya telah terjawab di perenggan kedua dan ketiga dalam artikel ini.

Kerajaan terpaksa mengambil tenaga buruh yang baru kerana mahu mengatasi masalah buruh asing yang berada dalam negara ini yang tidak terancang sebelumnya sehingga memnyebabkan kebanjiran pendatang yang tidak berdokumen.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook