Latest News

Monday 20 July 2015

CERITA LAPUK: SABAH NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Realiti Hidup di sabah Oleh Blog Ajin B Gagah (screenshot) (screenshot) (screenshot) (screenshot) (screenshot) (screenshot)
(ii) Nostalgia Pendedahan Realiti Hidup Di Sabah Oleh Blog Tranung kite (screenshot) (screenshot) (screenshot) (screenshot) (screenshot)

SATU cerita yang telah berlalu namun diungkit kembali. Semasa cerita ini diwar-warkan, misalnya belum wujudnya kompleks membeli-belah seperti Suria Sabah, City Mall atau 1Borneo malah belum wujudnya Halatuju Pembangunan Dan Kemajuan Negeri Sabah (Halatuju) atau belum wujudnya Sabah Development Corridor (SDC) dan berbagai pembangunan baik di bandar mahupun luar bandar.

Semasa cerita ini diwar-warkan bajet Sabah masih di bawah RM1 bilion sedangkan kini bajet Sabah telah mencapai RM4 bilion.

Juga, semasa cerita ini diwar-warkan belum wujudnya lagi Bekalan Air Luar Bandar (BALB) atau Bekalan Elektrik Luar Bandar BELB), Klinik 1Malaysia, Projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ), Projek 1Azam, agropolitan dan bermacam-macam lagi program pembangunan di luar bandar.

Pembangunan tidak pernah berhenti kerana pembangunan senantiasa mengikuti permintaan dan kemahuan rakyat.

Jangan kerana cerita seorang doktor maka cerita kebaikan daripada pihak lain yang juga profesional diketepikan. Mungkin doktor tersebut terjumpa kejadian-kejadian terpencil namun ianya diperbesarkan sebagai kejadian besar.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook