Latest News

Tuesday 14 July 2015

DAKWAAN PEMBACA ITU TERSALAH ALAMAT

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Terlalu lama warga Sabah ditipu Putrajaya Oleh Web The Ant Daily (screenshot) (screenshot)

Tahukah anda sesiapa di antara mereka yang mendapat kad pengenalan segera? Mereka itu terdiri daripada orang-orang jutawan yang membeli para pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang tamak. Kegiatan para pegawai ini merupakan satu sindiket bermotifkan kewangan dan tiada hubungan langsung dengan kerajaan yang memerintah.

Tahukah anda siapa mereka yang mendapat sijil anak negeri segera? Mereka itu terdiri daripada orang-orang tertentu yang kaya-raya dan mendapatkan sijil dengan cara membeli daripada para pegawai yang tamak dan rasuah. Tindakan mereka itu juga tiada hubungan langsung dengan kerajaan.

Tahukah anda siapa yang menjadi tali barut penculikan? Didapati mereka itu merupakan rakyat tempatan sendiri yang menjadi anggota sindiket bermotifkan kewangan. 

Tahukah anda bahawa kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak bagi membenteras kegiatan ini! Mungkin pembaca tersebut tahu hal dan maklumat tersebut tetapi mengalihkan pandangannya kepada kerajaan sebagai strategi mengaburi mata rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook