Latest News

Friday 24 July 2015

DAKWAAN PROVOKASI: Haram Menyambut Hari Kemerdekaan Berlainan Tahun Dengan Malaya?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Haram menyambut hari kemerdekaan berlainan tahun dengan Malaya Oleh FB Page 1 suara Sabah (screenshot)

SAMBUTAN kemerdekaan ada dua pengertian. Pengertian pertama adalah kemerdekaan kerana dibebaskan. Sabah dibebaskan oleh penjajah pada tanggal 31 Ogos 1963 apabila diberikan Internal Self-Government. Pembebasan itu bersifat terhad, yakni dikalangan sendiri sahaja dan bekas penjajah.

Pengertian kedua apabila kemerdekaan tersebut diiktiraf oleh badan dunia dan negara lain. Kemerdekaan Sabah diiktiraf oleh negara lain apabila bersama-sama Malaya, Singapura dan Sarawak menubuhkan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Para pemimpin negara mahu rakyat berfikiran besar apabila menonjolkan tarikh di mana negara diiktiraf oleh negara-negara lain sebagai sebuah negara merdeka yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang telah merdeka.

Pemilik page ini adalah sebahagian daripada mereka yang berfikiran sempit yang tidak mahu diiktiraf oleh negara-negara lain. Oleh sebab itu, lebih gemar atau suka kepada kemerdekaan yang terhad yang bererti mereka itu berlakon dan kononnya tanpa kerjasama dengan negara-negara lain atau sesiapa akan mampu membangun negara sendiri.

Juga pemilik page tersebut adalah mereka yang tergolong menilai semula kedudukan selepas sesuatu kemerdekaan yang diisi melalui kerjasama dengan berbagai negara.

Anggapan pemilik facebook tersebut samalah dengan tindakan selepas 20 tahun dilahirkan dan masih dijaga oleh ibu dan bapa. Kemudian selepas itu, melaung-laungkan bahawa pencapaian selama 20 tahun hanya usaha sendiri tanpa bantuan/pertolongan sedikitpun daripada ibu bapa. 'Binatang pun semasa kecil dijaga oleh ibunya sehingga boleh berdikari'.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook