Latest News

Tuesday 28 July 2015

DESAK TPM LETAK JAWATAN: HANYA PENDAPAT PERIBADI SALLEH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Salleh Said Keruak gesa Muhyiddin letak jawatan Oleh Web Astro Awani (screenshot) (screenshot) 
(ii) Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin harus meletak jawatan... Oleh FB Page 1 Suara Sabah  (screenshot)
(iii) Dari Sabah, peluru pertama buat Muhyiddin Oleh Web Malaysia Chronicle (screenshot)
(iv) Dari Sabah, peluru pertama buat Muhyiddin Oleh Web Malaysia Kini (screenshot)

DESAKAN Datuk Seri Salleh Said Keruak agar Timbalan Perdana Menteri (TPM) meletakkan jawatan adalah merupakan pendapat peribadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tersebut.

Kenyataan melalui blog SALLEH SAID KERUAK (SSK) juga yang dipetik beberapa portal berita antaranya seperti Astro Awani  bukan merupakan pendirian Umno Sabah atau kepimpinan Sabah kerana setakat ini, tiada mesyuarat Umno negeri yang menggambarkan keputusan demikian.

Salleh melalui blog beliau, mengulas ucapan TPM semasa menggulung Mesyuarat Bahagian Umno, Cheras pada Sabtu malam yang lalu, di mana menurut Salleh ucapan TPM tersebut yang menyentuh 1MDB merupakan undi tidak percaya kepada Dato' Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

1MDB kini sedang disiasat oleh berbagai agensi termasuk Jabatan Audit Negara. 

Ketika ini, belum ada mana-mana pemimpin bersetuju dengan kenyataan Salleh tersebut.

Pada Jumaat minggu ini, akan diketahui pendirian Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Umno kerana akan berlangsung suatu mesyuarat badan kepimpinan parti.

Apakah desakan Salleh tersebut mendapat sokongan AMT Umno atau sebaliknya. Namun, adalah lebih elok menunggu keputusan mesyuarat tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook