Latest News

Friday 24 July 2015

DI MANAKAH MALAYA??? Yang Membincangkan Mereka Yang Tiada JATI DIRI!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Malaysia itu terdiri daripada Negara Sabah Oleh FB page Sabah Serawak Keluar Malaysia (screenshot)

LIHAT bagaimana bercelarunya fikiran mereka yang tiada 'JATI DIRI'! Di lain pihak menyokong kemerdekaan terhad, bagi Sarawak 22 Julai 1963 dan Sabah 31 Ogos 1963. Manakala di lain pihak pula, mempertikai kewujudan negara selepas Singapura dikeluarkan pada tahun 1965.

Mereka yang terlibat dengan SSKM adalah mereka yang langsung tidak terlibat dengan proses kemerdekaan! Mereka yang langsung tidak terlibat dan tidak merasakan bagaimana keadaan rakyat semasa penjajahan dan sewaktu pada awal dibebaskan.

Mereka itu, adalah hasil daripada perjuangan para pemimpin dan rakyat terdahulu. Mereka pula adalah dilahirkan dalam dulang emas, di mana langsung tidak merasakan keperitan hidup masa lalu.

Melihat dakwaan-dakwaan dan hujah-hujah mereka, nampak keseluruhannya merupakan penilai semula, yakni menilai masa lalu pada masa kini!

Cara penilaian mereka itu adalah penilaian yang tidak adil kerana melupakan masa atau tempoh keadaan. Penilaian mereka itu, samalah dengan membandingkan umur-umur kanak-kanak semasa baru dilahirkan dengan usia kanak tersebut di masa berumur 20 tahun.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook