Latest News

Sunday 19 July 2015

Disebalik Tuntutan 40 Peratus Sabah


OLEH kerana tiada sebarang keputusan berkaitan tuntutan bayaran tunai Sabah yang dibuat pada tahun 1974 ekoran kematian Tun Dr. Ismail iaitu timbalan perdana menteri pada ketika itu, maka atas cadangan kerajaan negeri, Perdana Menteri telah bersetuju agar satu jawatankuasa ditubuhkan bagi menjalankan kajian .

Kajian tersebut dijalankan secara profesional dalam suasana 'menang-menang' agar supaya tidak timbul perbalahan malah diharapkan hasil kajian tersebut dapat diterima rakyat khususnya rakyat Sabah.

Bayaran 40 peratus hasil bersih agensi atau kerajaan persekutuan yang beroperasi di Sabah telah dihentikan pada tahun 1975. Namun, kerajaan persekutuan memberikan peruntukan dalam bentuk lain seperti mana terkandung pada setiap bajet tahunan persekutuan dan Bajet Rancangan Lima Tahun Malaysia. 

Menurut data statistik, persekutuan sejak tahun 1975 lagi sebenarnya telah menyalurkan peruntukan lebih besar berbanding bayaran tunai 40 peratus daripada pendapatan bersih yang dikutip di Sabah.

Ada yang menganggarkan bahawa bayaran tunai tertunggak telah mencapai RM100 bilion bermula tahun 1975. Namun, kerajaan persekutuan pada masa yang sama telah menyalurkan peruntukan tidak kurang RM160 bilion dalam tempoh 40 tahun yang lalu.

Jawatankuasa khas yang bakal ditubuhkan itu akan bekerja secara timbang tara dan akan membuat keputusan untuk masa jangka panjang yang ke hadapan agar Sabah terus mendapat peruntukan kewangan yang sesuai agar terus membangun bagi mengejar ketinggalan dalam semua segi pembangunan.

Bagi mereka yang beria-ria sangat dengan tuntutan 40 peratus daripada hasil bersih, jangan dulu bergembira kerana boleh sahaja hasil keputusan jawatankuasa tersebut mungkin tidak berpihak kepada Sabah.

Pembangunan negara khusus untuk Sabah sebenarnya tidak 'rigid' kerana para pemimpin senantiasa membuat keputusan berasaskan keperluan semasa. Sebagai bukti, kerajaan persekutuan memberikan beberapa peruntukan besar seperti pembangunan lebuhraya Pan Borneo, penubuhan Esscom/Esszone serta pembangunan Sabah Development Corridor. Selain daripada itu, penyaluran peruntukan bagi projek Agropolitan juga diberikan serta bantuan kewangan lain seperti program 1AZAM.

Memandangkan rakyat kini mahu sangat kepada pendedahan maklumat, maka sayogianya melalui jawatankuasa khas tersebut rakyat Sabah akan didedahkan dengan maklumat-maklumat kewangan khususnya daripada Persekutuan yang diberikan kepada Sabah selain bayaran royalti 5 peratus daripada Petronas.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook