Latest News

Thursday 16 July 2015

HAK KEWANGAN UNTUK SABAH PERLU KAJIAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KERAJAAN PUSAT JUGA PERLU BERTANGGUNGJAWAB DIATAS PENDERITAAN... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot) (screenshot) (screenshot)
(ii)
RAKYAT SABAH SELAMA SEDEKAD... Oleh Web Malaysia Insider (screenshot) (screenshot)
(iii)
AUTA ATAU FAKTA … Oleh FB Evangeline Gabradilla Gabridilla (screenshot)

WALAUPUN Perdana Menteri telah bersetuju dengan penubuhan satu jawatankuasa untuk mengkaji apakah ada hak negeri Sabah daripada segi kewangan yang belum ditunaikan atau Sabah menerima lebihan bayaran oleh Persekutuan, rakyat Sabah perlu bersedia menerima hasil keputusan jawatankuasa tersebut sama ada positif mahupun tidak.

Dato' Sri Anifah Aman bersedia membawa orang-orang yang kerap bercakap mengenai hak-hak Sabah kononnya tidak ditunaikan oleh Persekutuan seperti Dr. Jeffrey dan Zainal Ajamain untuk berjumpa Perdana Menteri agar supaya cakap-cakap mereka itu dilakukan satu kajian dengan apakah cakap-cakap mereka itu mempunyai kebenaran.

Perlu diingat, satu kajian boleh sahaja membawa keputusan negatif dan positif.  Untuk itu, suatu hari kelak jika keputusan jawatankuasa itu tidak berpihak kepada Sabah, maka jangan pula timbul kemarahan dan berbagai dakwaan negatif kepada Persekutuan.

Rakyat Sabah sekarang telah meletakkan leher kepada jawatankuasa yang bakal mengkaji kedudukan komitmen kewangan kepada Sabah daripada Persekutuan melalui jawatankuasa tersebut.

Apa yang dikaji nanti adalah apakah pendapatan bersih agensi Persekutuan daripada Sabah di mana 40 peratus dituntut oleh kerajaan negeri seperti mana keinginan Jeffrey lebih besar berbanding peruntukan Persekutuan kepada Sabah? Atau jumlah 40 peratus itu lebih kecil? Akan diketahui melalui kajian jawatankuasa tersebut. Akan tetapi, secara kasar memang telah diketahui  angka-angka tersebut melalui jabatan perangkaan melalui statistik bahawa tuntutan 40 peratus daripada pendapatan bersih adalah lebih rendah berbanding saluran peruntukan Persekutuan kepada Sabah.

Sama-sama kita tunggu hasil keputusan jawatankuasa tersebut yang bakal ditubuhkan. Pada masa yang sama, bersedia menerima apa sahaja keputusan apakah berpihak atau tidak kepada Sabah.

Oleh sebab itu, pemilik facebook tersebut jangan dulu menjadi angau dengan bercakap seperti "tidak berpijak pada bumi yang nyata".
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook