Latest News

Wednesday 1 July 2015

BILA JAMBATAN BUM BUM DIBINA? FAKTOR EKONOMI MENJADI PENENTU

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Raja Lanun juga berpendapat pembinaan jambatan itu Oleh Blog Raja Lanun BORNEO (screenshot)

KERAJAAN membelanjakan wang daripada kutipan cukai atau pendapatan lain jika wang yang dibelanjakan untuk mampu memberi impak ekonomi secara umum kepada negara atau negeri. 

Namun, jika perbelanjaan tersebut bakal menjadi 'gajah putih' walaupun di mata mereka yang memerlukan ianya penting, namun kerajaan memikirkan keuntungan perbandingan jika wang tersebut digunakan untuk pembangunan yang boleh mendatangkan impak tinggi kepada ekonomi negara dan rakyat.

Pulau Bum-bum, merupakan sebuah pulau di Semporna yang didiami oleh rakyat nelayan dan jumlah penduduk kurang daripada 20 ribu orang. Pulau itu tidak mempunyai sumber ekonomi lain selain daripada sumber laut.

Jika dihubungkan dengan sektor pelancongan, sebenarnya pulau itu akan lebih menarik lagi jika hanya boleh dihubungi dengan laut kerana cara itu dapat memberikan lebih tarikan kepada pelancong. Sebagai contoh, Pulau Langkawi, Pulau Redang dan Pulau Pangkor. Pulau-pulau seperti ini dapat menarik pelancong kerana keadaan semulajadi pulau tersebut.

Setiap pembangunan perlu mempunyai analisis daripada segi ekonomi, bukannya berasaskan kepada politik. Contoh pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau Jambatan Kedua Pulau Pinang di mana jika berasaskan pertimbangan politik, jambatan tersebut tidak bakal dibina. Namun, berasaskan pertimbangan faktor ekonomi, maka jambatan tersebut dibina.

Dakwaan kononnya ada pihak tertentu memprotes pembinaan Jambatan Bum-Bum sebenarnya tidak timbul kerana asas penangguhan pembinaan tersebut semata-mata berasaskan pertimbangan ekonomi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook