Latest News

Monday 27 July 2015

INFRASTRUKTUR BAGI KAWASAN PITAS

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jln Raya ini tidak sampai pun 1 kilo meter dari MP Datuk Rahim Bakri... Oleh FB Donny RealMadrid (screenshot)

PITAS merupakan satu kawasan yang sangat terbelakang di Sabah sewaktu ketika dahulu. Namun sejak 10 tahun lalu, kawasan itu telah berubah hampir 300 peratus berbanding sebelumnya.

Jika pemilik facebook tersebut mengikuti pembangunan Pitas, sudah tentu akan mengakui bahawa kadar pembangunan Pitas sebenarnya telah berkembang pesat.

Setiap wakil rakyat sudah tentu menginginkan kemajuan bagi kawasannya. Namun, perlu diingat bahawa pembangunan sangat bergantung kepada kemampuan kewangan semasa kerajaan.

Sesebuah kawasan biasanya akan berkembang cepat jika kawasan tersebut mempunyai aktiviti ekonomi. Tetapi, apabila sesebuah kawasan itu kurang kegiatan ekonominya, maka sekali lagi pembangunan infrastruktur sangat bergantung kepada kewangan kerajaan.

Suatu hari apabila projek udang terbesar di Pitas berkembang maju, pembinaan jalan seperti mana yang ditunjukkan melalui facebook tersebut akan dibina juga!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook