Latest News

Monday 20 July 2015

ISU TANAH RSP DI KG. TABURON KOTA BELUD

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pihak Yang Berkenaan Mohon Ambil Tindakan Oleh FB Mohd Aqsha Saubin (screenshot)

TIADA istilah tanah adat seperti mana dakwaan itu ekoran tanah yang dimaksudkan adalah tanah kerajaan yang diurus oleh Sabah Forest Development Authority (SAFODA) sejak tahun 70-an lagi.

Memang ada tanah simpan kerajaan telah dilonggarkan untuk dimajukan bagi maksud kebaikan para penduduk di sekitar kampung tersebut kerana menurut kajian, para penduduk di beberapa kampung antaranya Kampung Taburan, Dudar dan Sarang tidak mempunyai sumber pendapatan.

Dengan agar supaya penduduk mempunyai sumber pendapatan, maka sebahagian tanah kerajaan perlu dibangun bagi mewujudkan sumber ekonomi dan pada gilirannya menjana pendapatan kepada rakyat.

Penduduk di beberapa kampung tersebut sebenarnya telah memiliki tanah. Namun, tanah-tanah tersebut telah dijual dan untuk mendapatkan tanah lagi maka pencerobohan dilakukan di tanah simpanan kerajaan.

Perlu diingat bahawa tiada lagi pemberian geran persendirian melainkan geran komunal.

Jika tanah kerajaan dibangunkan, ini bererti tanah tersebut akan terus dimiliki oleh kerajaan kerana pihak pemaju hanya diberikan tol/cukai, bukannya pemilik hakiki.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook