Latest News

Wednesday 15 July 2015

JALAN YANG TIDAK DIGAZET

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SAYA BERANI KERANA ADANYA BUKTI... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

PERLU diketahui bahawa setiap jalan raya sama ada di bandar atau luar bandar, jalan tersebut mesti digazetkan.

Jalan seperti dalam 'caption' sudah pasti tidak digazetkan sebagai jalan raya berikutan tidak mendapat peruntukan. 

Bukan mudah membelanjakan kewangan kerajaan kerana ianya melalui prosedur kewangan yang ketat.

Pemilik facebook tersebut perlu membantu orang kampung tersebut bagi memohon status jalan tersebut di peringkat daerah untuk dijadikan jalan raya yang digazetkan.  Jika tidak jalan seperti itu akan selamanya tidak akan mendapat peruntukan untuk menaik taraf.

Kerajaan bukan 'cowboy' di mana nampak jalan seperti ini maka terus diberi peruntukan kerana jalan seumpama ini biasanya dibuat oleh pihak-pihak tertentu melalui tanah kerajaan dan dibuat tidak melalui kelulusan  kerajaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook