Latest News

Wednesday 22 July 2015

JANGAN BUNUH PEMBAWA BERITA Bhgn Ke-2

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PENCACAI Sejati RAHMAN DAHLAN HARUS MEMINTA MAAF Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)
(ii)
Beruk ini tak habis2 memalukan urang Sabah Oleh FB Page Demi Sabah (screenshot)

OLEH kerana pembangkang termasuk akhbar online Sarawak Reports terdesak kerana semakin terbongkar penipuan mereka berkaitan urusniaga antara 1MDB dan PetroSaudi, maka kini mereka cuba membunuh pembawa berita berkaitan penipuan tersebut.

Bekas wartawan Sarawak Tribune, saudara Lester Melanyi dicerca dengan hebat hanya kerana satu kesilapan apabila menyiar ulang karikatur Nabi Muhammad SAW melalui syarikat akhbar tempatan beliau bekerja selaku menjadi ketua pengarang. Dengan itu, lesen akhbar tersebut ditarik oleh kerajaan dan pada masa yang sama dia kehilangan pekerjaan dan jawatan yang disandang.

Akibat kehilangan pekerjaan, maka komitmen kewangan yang telah dibuat sebelum itu menjadi obligasi. Oleh kerana tiada pendapatan, maka obligasi kepada pemiutang seperti bank tidak dapat dipenuhi. 

Apabila hutang-hutang tidak dapat dibayar kerana ketiadaan pendapatan, maka sudah tentu si pemberi hutang akan menuntut dan seterusnya memohon si penghutang untuk dimufliskan.

Isu muflis bukan sahaja berlaku kepada pekerja seperti Lester malahan turut berlaku kepada mereka yang berstatus jutawan. Muflis, bukanlah satu jenayah sebaliknya adalah satu kejadian yang berkaitan dengan kemerundungan kewangan.

Soal muflis, bukan sahaja boleh berlaku kepada individu malah turut terjadi kepada syarikat-syarikat gergasi yang besar. Sebagai contoh syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), jika bukan kerana di'bail-out' oleh kerajaan, sudah tentu syarikat itu sudah lama muflis.

Jadi, tumpuan pembangkang mematikan kredibiti Lester Melanyi hanya kerana muflis sebenarnya pembangkang yang kehilangan kredibiliti dan juga dalam keadaan seperti menegakkan benang yang basah.

Rahman benar kerana masih mempunyai nilai kemanusiaan kerana tidak sanggup menekan individu yang sudah tersungkur sebaliknya masih mempercayainya. Satu tindakan kemanusian yang perlu difikirkan oleh pembangkang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook