Latest News

Monday 20 July 2015

JANGAN BUNUH PEMBAWA BERITA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Abdul Rahman Dahlan mahu minta pangkat Oleh FB Doris jones (screenshot)
(ii) Kenyataan Rahman Dahlan Memalukan diri sendiri Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot)
(iii) Guna Individu Reka fitnah... Oleh FB Page Remove Musa Remove UMNO Sabah (screenshot)

HANYA kerana Lester Melanyi, mantan wartawan Sarawak Tribune (kini New Sarawak Tribune) yang menyiarkan ulang karikatur Nabi Muhammad SAW (The Jyllands-Posten Muhammad cartoons controversey) pada tahun 2006 dan atas sebab siaran tersebut, surat khabar yang terbit di Sarawak sebelum merdeka tersebut kehilangan lesen penerbitan. Maka, setiap berita yang diterbitkan dianggap tiada kredibilti.

Orang Malaysia begitu cepat menjatuhkan hukuman kepada seseorang kerana hanya satu kesilapan, maka terus menghukum seseorang itu sehingga tersungkur.

Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional yang baru yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan didakwa terperangkap dengan pengakuan Lester Melanyi berkaitan pemalsuan Sarawak Reports yang mengaitkan 1MDB dengan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak.

Para pengkritik 1MDB mahu membunuh pembawa berita dengan tujuan penafian berita yang dibawa.

Pemimpin Pembangkang dan pemilik Sarawak Reports, Clare Rewcastle Brown merasa sangat tergugat kerana Lester dengan berterus terang menyatakan bahawa wanita kelahiran Sarawak tersebut memang terlibat merekayasa berbagai dokumen bagi mengaitkan 1MDB dengan Dato' Seri Najib Razak dengan tujuan memaksa beliau untuk meletakkan jawatan.

Lester dalam pengakuannya bersumpah atas nama Tuhannya untuk menilai kebenaran berita yang disampaikan melalui rakaman videonya yang dimuat naik melalui laman YouTube.

Mantan wartawan Sarawak Tribune tersebut berdiri teguh dengan dakwaannya bahawa semua cerita yang dia sampaikan adalah benar belaka.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook