Latest News

Wednesday 15 July 2015

JKKK DAN KETUA KAMPUNG TIADA KUASA SIASAT!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) :JKKK dan KETUA KAMPUNG pura-pura buta... Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

DAKWAAN ESSCOM tersebut semacam, sesiapa sahaja orang  yang baru mesti dicurigai di mana mereka itu merupakan PATI.

JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) dan ketua kampung tiada kuasa untuk menyiasat dokumen setiap orang yang datang ke kampung masing-masing.

Kewujudan ESSCOM adalah untuk membendung dan menjadi tembok besar bagi menghalang kemasukan PATI. Persoalannya, mengapa pula masalah PATI dialihkan kepada pihak lain?

Jika pihak ESSCOM menyalahkan JKKK dan ketua kampung berkaitan PATI kerana tidak membuat laporan, sebenarnya tindakan tersebut tersasar sama sekali dengan tugas dua (2) badan kampung tersebut.

Para JKKK dan ketua kampung boleh berbuat demikian jika mereka pasti bahawa orang-orang yang datang ke kampung mereka adalah memang telah dipastikan sebagai PATI seperti mana yang berlaku di Kg Tanduo, Lahad Datu pada Mac 2013 yang lalu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook