Latest News

Monday 20 July 2015

JONES SI TUKANG FITNAH: TIADA KENYATAAN MUSA MENGHALANG KAJIAN TUNTUTAN KEWANGAN SABAH!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KENAPA mau JAWATANKUASA LAGI Oleh FB Doris Jones (screenshot)

DATUK Seri Musa Aman hanya berkata di Dewan Undangan Negeri bahawa bagi pihak kerajaan Negeri tiada keperluan menubuhkan Jawatankuasa mengkaji tuntutan kewangan bagi Sabah kerana ianya sudah menjadi tajuk perbincangan antara kerajaan negeri dan persekutuan. Kenyataan inilah yang diputar belit oleh pembangkang di laman media sosial.

Namun, jika ada pihak-pihak yang mahu meminta ditubuhkan jawatankuasa khas, kerajaan negeri tiada halangan mengenainya.

Oleh sebab itu, apabila Perdana Menteri bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas tersebut bagi mengkaji tuntutan kewangan Sabah, Musa mengalu-alukan dan memuji pihak-pihak yang berkenaan.

Bagi mereka yang ada pengalaman mentadbir negara memang mereka tahu dengan di mana tiada sebarang bayaran boleh dibayar oleh kerajaan sama ada kerajaan negeri atau persekutuan di luar bajet yang diluluskan Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat.

Alahai! Doris Jones benar-benar kurang arif berkaitan pengurusan sesebuah negara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook