Latest News

Thursday 30 July 2015

KABINET SEPERTI PASUKAN BOLA SEPAK

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tukang kipas baru sudah bermula... Oleh FB 1 Suara Sabah (screenshot)

SATU pasukan yang kuat jika setiap pemain dalam pasukan tersebut 'seia sekata sehati sejiwa'.

Dalam satu pasukan yang boleh menjadi juara hanya terdiri daripada para pemain yang saling bekerjasama dalam satu pasukan, bukannya ada kepentingan peribadi.

Barisan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Selasa (28 Julai) lalu merupakan para pemimpin yang beliau anggap boleh bekerjasama dengan beliau sebagai satu pasukan.

Pelantikan Datuk Seri Salleh Said Keruak ke dalam kabinet persekutuan sebenarnya satu tindakan yang tepat kerana sepatutnya Timbalan Pengerusi Umno Sabah tersebut telah lama menyertai kabinet persekutuan.

Dato' Seri Najib Razak melantik para pemimpin yang mempunyai pengalaman bagi tujuan berdepan dengan PRU-14 kelak.

Salleh merupakan pemimpin yang menekuni isu 1MDB sejak syarikat tersebut dijadikan isu oleh pihak pembangkang.  Atas hasil kerja tersebut, beliau diberi peranan sebagai menteri agar supaya mempunyai platform yang kukuh untuk memperjelaskan 1MDB kepada rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook